Friday, October 24, 2014

Exam PTD M41 datang lagi.

Bismillah. Allah. Dapat panggilan exam SPA lagilah. Kali ni secara online pulak. Sejak dapat tahu pasal ni aku masih belum dapat buat persediaan yang sepatutnya. Masa inform kat bini just bagitau "Sayang, abang dapat exam SPA lagi. 1 Nov ni". Hmm.. Bini aku pun macam dah lali. "Yeke? Ok."

Dalam hati begitu teruja utk tahu kalau2 ade la yang kongsikan contoh soalan SPA yang lengkap. Ala2 klon pun jadi la. Tapi bila cek kat google, hmm kalau ada pun berbayar. Kualiti entah macam mana tak tahu lah. Nak minta tip dengan kawan2 atau kenalan yang dah jadi PTD pun segan dah. Diorang sume dah lulus kursus Diploma Pengurusan Awam(DPA) pun. Aku je yang masih belum diizinkannye menyandang jawatan PTD yang macam best jer ni. Yang macam hot jer.. hihi...

1 comment:

  1. Kepada pengunjung yang nak tahu pegalaman saya yang pernah temuduga PTD M41 sebanyak tiga(3) kali boleh request kat sini. Tak payah taip mahu ke,nak ke. Anda bagi komen membina kat sini pun kira nak la tu. Hihi...

    ReplyDelete