Saturday, October 25, 2014

Pengalaman menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik M41 SPA. (2009-2012)

Dalam peperiksaan bertulis sebelum ini aku mengakui soalan yang diberi tidak begitu sukar. Cuma bila kat bab soalan isu semasa tu memang terpaksa 'tembak'lah. Macam mana tak tembak. Dia tanya pasal tenis terbuka Wimbledon lah, ape lah. Tak terjawab la aku. Kalau part parlimen, kenegaraan tu aku tahu la jugak. Kadang-kadang aku pun tak pasti kat mana kekuatan aku daripada result exam tu. Mungkin sebab karangan BM,BI kot. Yang part maths memang paling killer. Bukan tak reti nak jawab. Cuma masa memerah otak untuk ingat balik formula dan segala theoremnya yang jadi tak cukup masa tu. Memang rugi sesangat bila ingat balik. Dah namanya exam takkan bagi soalan senang je kan.

Kalau yang mohon PTD M41 pun dekat 80, 90 ribu kan dah kena exam lain untuk tapis lagi. Macam exam pembantu tadbir KADA yang sempat aku pergi hari tu di Kota Bharu. Dua kali kau tau tak. Dua kali untuk jawatan pembantu tadbir jer. Pastu hmmm takde jawapan. Senyap.. yang exam pertama pun tak tahu lulus ke tak.



No comments:

Post a Comment