Sunday, October 26, 2014

Teruskan persediaanmu

 بسم الله الرحمن الرحيم
   ومامن دآبت إلاعلى الله رزقها 
Maksudnya: Dan tiadalah bagi setiap makhluk yang melata itu melainkan telah tersedia di sisi Allah S.W.T rezekinya. (Al Qur'an)

Malam ini aku mencari lagi panduan dan tips untuk menduduki peperiksaan PTD M41 di dunia maya. Pencarian yang hampa sebenarnya bagiku. Sebenarnya tidak ada panduan atau persediaan yang paling ampuh melainkan dengan meneroka sendiri maklumat isu semasa dan melatihtubi soalan matematik. Aku bercakap bukanlah ingin memperlekehkan orang lain, cuma pengalamanku dengan peperiksaan SPA ni kadangkala memeritkan juga. Ok. Kita fokus dulu pada apa yang dapat saya kongsikan dengan pengunjung bertuah sementara tarikh 1 November 2014 belum menjelma.

No comments:

Post a Comment